Dengan lafaz "Bismillahirrahmanirrahim..., Aku Menyayangimu..."

Tuesday, July 10, 2012

Alhamdulillah..Perkhabaran Ini Sungguh Indah.


Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt..dan Selamat Sejahtera buat semua 
.(.jika masih ada yang sudi mengunjungi laman blog ummi ni..=D )

Sudah agak lama ummi berdiam diri, setelah berasa "lega"

 menyempurnakan tanggung jawab sebagai "pelajar" bagi semester ini,
 terutamanya apabila berada di ambang "usia emas" ini.
Jujurnya, ummi akui...ummi berasa sangat2 lega selepas penat

 berforum,mentelaah mencari bahan-bahan sebagai rujukan 
menyiapkan assignment, di samping tugas-tugas rutin sebagai pendidik
 di sekolah,
 isteri dan ibu di rumah.

Hmmm..hari ini ummi hanya ingin berkongsi berita gembira

 dengan semua. Berita yang selama ini ditunggu2 dengan penuh
 debaran..^_^

Haha..memang dah jadi lumrah agaknya..bila lepas exam,

 mesti rasa macam ni..lebih-lebih lagi jika kita kurang bersedia
 atau kurang yakin dengan apa yang telah kita jawab semasa peperiksaan
 berlangsung..( Cuak jugak ni..hehe)

Petang tadi, ummi  menerima beberapa mesej daripada kawan-kawan

 yang sama-sama belajar macam ummi..Mereka memberitahu ummi
 bahawa keputusan peperiksaan semester lepas telahpun dikeluarkan
 dan boleh dilihat di dalam portal universiti.
 Saat menerima mesej itu..rasa risau dan cuak tu bertambah 200%.
.Risauuuuuuuuuuuu sangat..Bimbang nak menghadapi kenyataan..huhu..
Masa tu, ummi sengaja pura2 sibuk..(memang sibuk pun..) supaya

 tak terpanggil
 untuk membuka portal tersebut. (budget "cool" lah konon...) ^_^

Namun, bila seorang lagi kawan baik ummi menghantar mesej,

 bertanyakan result ummi..hmm..memang tak sabar jugak nak tau.
.Apatah lagi, mesej kawan ummi  tu berbau gembira..(jeles pulak!! hahaha)
Jadi, tanpa berlengah lagi, ummi  yang ketika itu cuma bermesej2

 dengan handphone..
.( mcm dia sorang je ada hp canggih!! perasan sungguh!!
 susah betul dgn org mcmni, kan..) Then, ummi pun terus pula mencari alamat
 portal universiti. Alhamdulillah, malam ini senang pula nak dapat..=)

Sebaik sahaja dapat membuka laman tersebut..

terasa sekali lagi bebanan di hati menjadi ringan.
.Syukur, syukur..syukur Alhamdulillah..penat lelah ummi  terbalas akhirnya..:)
 Kali ini pula keputusan yang diperolehi adalah lebih baik daripada semester lalu....
Alhamdulillah, Ya Allah..Aku bersyukur atas kurniaanMu.

p/s : Buat anak2 ummi..terima kasih ummi ucapkan di atas segala

 kesudian anakanda semua dalam merelakan ummi "berseorangan" 
tanpa sebarang gangguan ketika ummi sibuk menjawab forum2 secara online
 dan menghadap "lappy" ummi yg setia ni untuk menyiapkan assignment2
 yg diberi oleh lecturer. Doakan ummi  untuk terus bersemangat dan istiqamah
 dalam ikhtiar dan doa ye...:) .
 InsyaAllah,  kejayaan ummi adalah kerana kalian juga.
 Terima kasih, sayang..^_^




Sunday, May 20, 2012

Cerita Hati


Duhai hati.
Apa yang kau cari.
Isimu banyak terluka.
Kisahmu penuh sengketa.
Cukuplah dengan dusta.
Tidak perlu kau menadah.
Untuk jiwa yang tak pernah kisah.

Untuk arjuna yang hanya singgah.
Lupakan dia.
Janjimu jangan kau lupa.
Untuk dia yang tak diketahui siapa.

Duhai hati.
Relakan dirimu dengan takdirNYA.
Tadbirkan hidupmu dengan jalanNYA.
Ikhlaskan jiwamu dengan dugaanNYA.
Yakinlah pasti kau temui bahagia.
Yang hilangkan semua air mata.
Yang leraikan semua kecewa.

Kepada ALLAH hati dituju.
RahmatNYA masih jauh untuk bertemu.
Tapi berusahalah dekatkanNYA denganmu.
Terlalu jauh langkah ini berlalu.
Tapi ketenangan masih dirindu.
Dosa tetap berlingkar padu.
Oh hinanya sendu.
Sendu yang bukan selayaknya perlu!


Ya ALLAH.
Ampunkan hati yang hina.
Ingatkan semua yang alpa.
Hijrah mencari redha.
Hanya itu yang didamba.

Ya ALLAH.
Hati yang banyak cela.
Hijab yang belum sempurna.
Kata yang penuh nista.
Jiwa yang diulit dosa.
Mengenang kasih yang tak sudah.
Mengenang cinta yang tak endah.

Namun Ya ALLAH.
Berapa lama pun hati itu menjauh.
Betapa banyak pun dosa yang dipalu.
Jangan KAU paling hati itu.
Jangan biarkan ia jemu.
Untuk terus meminta restu.
Untuk terus berhijrah ke situ.

Dalam rahmat waktu ini.
Yang masih KAU pinjamkan lagi.
Semoga masih ada sinar menanti.
Cahaya yang takkan padam lagi.
Untuk menyinari hati yang masih sendiri.

Lembaran baru akan dibuka.
Pastinya ada suka dan duka.
Namun tabah tetap dipinta.
DariMU yang tidak pernah lupa.
Sentiasa ada di sisi jua.

Ya Rahman Ya Rahim.
Kesyukuran dipanjatkan setulusnya.
Keredhaan dicari sesungguhnya.
Keikhlasan dipahat semahunya.
Berkati hati itu Ya ALLAH.
Moga ada sinar di hujung sana.

Setiap detik adalah hijrah.
Hijrah yang mendamba redha.

Saturday, May 19, 2012

Redhailah Aku, Ya Allah..

Dengan lafaz yang mulia..
Bismillahirrahmanirrahim..Salawat dan salam ke atas junjungan yang mulia, Nabi Muhammad s.a.w serta para sahabat dan keluarga baginda.

Sedalam lautan..,jika itu bandingan yang layak..ingin kupanjatkan kesyukuran ini ke hadratMu Ya Allah., lantaran masih mengizinkan aku bertamu di laman ini ,walau cuma sebentar.
Ya Rabb,
Setinggi langit biru ..ingin kugapai segala impian..
Namun..mampukah aku..berhadapan dengan berbagai halangan dan cabaran yang menerpa tanpa diduga..
Ya Allah, selalu aku hadir kepadaMu dengan doa dan harapan..kerana hanya padaMu kuserahkan segala kebergantunganku, Ya Allah.

 Andai aku lemah, Engkau kuatkanlah aku..,Ya Allah
 Andai aku jatuh, Engkau bangunkanlah semula semangatku..
Andai aku kalah..suburkanlah rasa pasrah di jiwaku Ya Allah..kerana kadangkala aku bimbang jika aku kehilangan redhaMu, Allah.



Thursday, March 29, 2012

Menyuntik Harga Diri Insan Lain..

Bismillahirrahmanirrahim.
Salawat dan salam ke atas kekasih Allah, Muhammad s.a.w




Saya terus merenung jauh ke dalam. Saya merasakan idea yang saya cuba kongsikan bersama orang lain adalah baik. Namun mereka menganggap idea saya itu sebagai sampah. Saya renung lalu saya kembali sedar bahawa betapa pentingnya saya menghargai harga diri mereka dahulu sebelum mereka menghargai saya.

Harga diri orang adalah apabila anda berjaya membuat orang merasa percaya dan selesa pada dirinya sendiri. Cuba anda bayang tempat kerja yang penuh dengan iri hati, cemburu, kritikan yang membuat anda rasa terhina dan bersalah, hinaan yang boleh menghancurkan diri dan arahan ketua yang bukan bertujuan untuk membantu, tetapi lebih kepada menyalahkan diri anda. Pasti anda akan merasa tidak selesa dengan diri anda dan juga dengan tempat kerja anda. Dan pernahkah anda mendengar perbualan di sekolah atau pejabat di mana guru atau pekerja merungut kerana menerima pujian, penghargaan dan pengakuan?

Apabila menerima kritikan atau penilaian, seringkali kita merasakan kita dinilai dengan begitu hina sekali. Kita selalu mengadu bahawa kita tidak pernah mendapat penghargaan atas sumbangan yang kita lakukan. Kekurangan penghargaan inilah yang membuatkan guru mengambil keputusan untuk bertukar sekolah, pekerja bertukar pejabat. Guru-guru yang berpindah sekolah bukanlah mengharapkan gaji mereka naik, tetapi mereka mengharapkan agar tempat baru lebih menghargai usaha dan tenaga mereka.

Menyuntik kepercayaan diri pada orang lain akan menghasilkan kesan yang luar biasa. Manusia ada saat ceria dan berduka. Membantu orang-orang yang sedang berduka sehingga mereka mampu tersenyum dan ketawa menjadikan mereka merasa selesa dengan diri mereka. Sekiranya anda membantu mereka, mereka pastinya bersedia apabila anda meminta bantuan mereka.

Justeru, pujilah usaha rakan dan murid anda walaupun usaha mereka sedikit sahaja. Seseorang yang telah berusaha walaupun gagal berhak mendapat penghargaan. Mereka mungkin merasa kecewa dengan hasil yang diusahakan. Tetapi penghargaan anda dapat menjadikan mereka kembali bersemangat untuk melakukan usaha yang lain atau mengulang usaha yang sama. Ketika itu anda telah berjaya mengeluarkan mereka daripada lembah kekecewaan.

Bermula daripada saat ini, marilah kita mencuba untuk memberikan pujian kepada rakan-rakan dan juga murid-murid kita untuk melihat hasil yang bagus di dalam perhubungan kita dengan rakan sekerja ataupun murid-murid kita. Pujian boleh dilakukan dengan cara berikut:

- Memuji apabila diperlukan. Apabila anda memuji semata-mata untuk memuji, pujian itu telah kurang nilainya.

- Memuji seseorang di depan orang lain. Kritik seharusnya secara empat mata, manakala pujian haruslah diberi di depan umum.

- Memuji dan menerangkan kenapa anda memujinya. Pujian sahaja tidak cukup. Cubalah memuji dengan pengatakan bahawa hasil kerja awak cantik, berfokus dan mudah difahami.

- Pisahkan di antara pujian dan kritikan. Apabila anda merasa seseorang perlu meningkatkan kualiti pekerjaan, janganlah memuji dan kemudian memberitahu bahawa dia sepatutnya melakukan yang lebih baik. Ketika itu, pujian anda tidak berguna lagi. Anda dilihat sebagai pelapik kritikan yang anda lemparkan padanya.

Namun, harus diingat pujian yang tidak tulus lebih buruk daripada tidak memuji. Ada orang yang menarik muka masam lalu berkata: "Kerja awak nampak hebat. Jarang orang melayu dapat buat macam awak." Yang sebenarnya kita tahu bahawa dia amat sinis terhadap kita. Pujian sebegini boleh memusnahkan hubungan anda dengan dia. Saat itu, dia mungkin berkata dalam hatinya: "Kalau macam ini, aku boleh buat seratus kali lebih baik daripada dia." Sekiranya anda sering memandang sinis kepada kerja orang, orang lain juga boleh memandang sinis kepada kerja anda. Sebaliknya, sekiranya anda sering menghargai seseorang walaupun dengan sedikit usahanya, pastinya anda akan mempunyai ramai rakan yang akan membantu anda.

Di dalam sebuah hadis Rasulullah, disebutkan bahawa melakukan kerja yang kecil pun dapat meningkatkan iman seperti di dalam hadis: Membuang sekelumit ranjau di jalanan pun adalah sebahagian daripada usaha meningkatkan keimanan kepada Allah.

Sunday, March 18, 2012

PESAN SEORANG PROFESSOR...

Pesan saya kepada kamu yang akan menjadi guru

Menjadi guru itu adalah profesion yang mulia.
Oleh itu guru mesti sentiasa berilmu.
Guru mesti mahir menggunakan kaedah mengajar.
Guru mesti panjang akal.

Guru mesti mahir dalam bahasa budaya tinggi.
Bahasa budaya tinggi menjadi wahana budaya dan intelektual tinggi.
Bahasa rendah adalah untuk budaya rendah.
"Street language is for street people."

Ikutlah pesan Nabi Luqman a.s. kepada anak-anaknya.
Sederhanakanlah lagak dan suara kamu.
Orang yang suaranya kasar dan bongkak dibenci Tuhan.

Ada sebuah peribahasa Arab yang berkata,
orang besar bercakap fasal idea,
orang kurang besar bercakap fasal peristiwa,  
orang kecil bercakap fasal orang lain, dan
orang paling kecil bercakap fasal dirinya.

Jadilah orang besar.

Menjadi guru, bercakaplah fasal idea, fasal nilai, fasal ilmu, fasal budaya, fasal agama,
... bagi memandaikan anak bangsa.

Janganlah menjadi orang kecil, dan orang terkecil.

Semoga kamu menjadi guru yang berjasa
.

p/s : Terima kasih Prof..InsyaAllah..:)